Minimum Viable Product secara literalnya adalah produk minimum berdaya saing. Bunyinya agak janggal kerana selama ini kita dihujani dengan seruan-seruan bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

MVP digunakan untuk memulakan kitaran Build-Measure-Learn dan bukannya produk akhir. Namun MVP juga bukan prototaip yang tidak dapat digunakan oleh pengguna. MVP adalah produk atau perkhidmatan yang dibina seringkas mungkin bagi diterima pakai oleh pengguna.

Adakah ini bermakna kualiti tidak penting? Kaedah Lean Startup menekan pengurangan pembaziran. Salah satu aspek pembaziran adalah mencipta produk berkualiti tinggi yang akhirnya tidak dimahukan oleh pelanggan. Pembaziran jenis ini juga mahu dielakkan dalam Lean Startup.

MVP digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sebenar. Selepas itu barulah produk diubah dan kualiti ditingkatkan mengikut keperluan.

Antara Bentuk MVP yang paling ringkas adalah video. Video adalah MVP yang bagus kerana para pengguna dapat melihat sendiri bagaimana produk tersebut akan berfungsi walaupun sebelum dibina. Dua projek saya dan rakan-rakan sebelum ini juga menggunakan video sebagai MVP sebelum memulakan produksi. Oleh kerana produk akhir kami juga adalah video, orang ramai dapat melihat sendiri tahap kualiti produksi kami sebelum menghantar kepada kami sebarang wang.



<< Lima Prinsip Kaedah Lean Startup | Usahawan Ada di Mana-mana! >>