The Tipping Point
Buku The Tipping Point tulisan Malcolm Gladwell menerangkan fenomena ‘tipping point’ iaitu keadaan di mana sesuatu ‘virus’ tiba-tiba sahaja merebak dan menguasai sesebuah komuniti.
Di awal ‘jangkitan’, penyebaran berlaku dengan sangat sukar dan perlahan – seperti menolak bola batu menaiki bukit.
Tetapi apabila sudah tiba di puncak, sangat mudah untuk menggolekkan bola batu tersebut menuruni bukit. Graviti menarik bola batu tersebut dan kelajuannya meningkat berkali-kali ganda. Keadaan seperti puncak bukit itulah yang kita sebut ‘tipping point’.
Dalam bukunya, Malcolm Gladwell menerangkan bagaimana berlakunya ‘tipping point’ yang menyebabkan kadar jenayah di New York turun dengan mendadak. Beliau juga turut menerangkan tentang epidemik kes bunuh diri di Micronesia.
Secara umum, buku Tipping Point terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu The Law of the Few, Stickiness Factor & Power of Context. Di bawah Law of the Few pula terdapat tiga lagi pecahan iaitu Connectors, Mavens dan Salesmen.
Masukkan emel tuan:
Dikuasakan oleh FeedBurner