Saban hari pelbagai produk dan perkhidmatan baru dilancarkan. Masing-masing cuba membawakan sesuatu yang baru dan peningkatan ciri-ciri yang berbeza. Ada yang lebih cantik, lebih berkuasa, lebih mudah dan yang paling kerap dicanang adalah lebih murah. Namun, inovasi-inovasi kecil ini selalunya gagal menembusi pasaran. Apabila dihujani dengan pelbagai pilihan, pengguna biasanya